Syiling Malaysia siri Ketiga (2012)

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia
Bank Negara Malaysia mengeluarkan set duit syiling peringatan (Brilliant Uncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat yang dipakej secara khas dan telah mula dijual pada 25 July 2011 dengan  harga RM10.00 bagi setiap set

Tentang syiling siri ke3:-
  • Lebih kecil dan ringan
  • Bersisi tepi yg berbeza beza (kemudahan utk mereka yg kurang upaya penglihatan)
  • Ciri-ciri keselamatan terkini dlm teknologi pembuatan syiling (mengelakkan pemalsuan)
  • Logam dari jenis lebih berkualiti dan tahan lama


Rekabentuk Syiling (Motif/Denominasi)
Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50sen memaparkan 14 titik yang melambangkan 13 Negeri serta Wilayah Persekutuan manakala utk 5 sen, 10 sen dan 20 sen pula mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan 5 prinsip Rukun Negara

Denominasi : 50sen
Motif : Sulur Kacang (Pea Tendrils)
Material : Nickel Brass Clad Copper (Nikel Loyang bersalut Kuprum)
Diameter (mm) / Berat (g) : 22.65 (mm) / 5.66 (g)

Ciri keselamatan : Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan


Denominasi : 20sen
Motif : Bunga Melur (Jasmine Flower)
Material : Nickel Brass (Nikel Loyang)
Diameter (mm) / Berat (g) : 20.60 (mm) / 4.18 (g)

Denominasi : 10sen
Motif : Corak anyaman Kaum Orang Asli Mah Meri
Material : Stainless Steel
Diameter (mm) / Berat (g) : 18.80 (mm) / 2.98 (g)

Denominasi : 5sen
Motif : Desta Siga (Tenunan kain Asli Kaum Kadazan Dusun)
Material : Stainless Steel
Diameter (mm) / Berat (g) : 17.78 (mm) / 1.72 (g)

Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bermula awal tahun hadapan (2012) bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur 

Tak payah berebut nak beli, banyak lagi stock kat BNM (sama byk dgn opportunist !) $impanKema$ !!

No comments:

Post a Comment