RM50 Peringatan Kemerdekaan, 2007

Wang kertas RM50 edisi kenangan sempena sambutan 50 Tahun kemerdekaan Negara (1957-2007). Mula dijual di cawangan BNM pada 26 Disember 2007. Pengeluaran wang ini juga adalah sempena pengenalan versi baru RM50

Istimewanya adalah pada jalur motif tenunan songket yg berwarna keemasan di bahagian kiri dan kanan (hadapan)
 
Cetakan exclusive logo Ulang Tahun Kemerdekaan ke-50 pada muka belakang (kanan) 

Pengeluarannya terhad kepada 20,000 unit shj. Didatangkan khas dgn folder exclusive. 


Wang kertas RM50 ini juga adalah keluaran sempena sambutan 50 Tahun kemerdekaan Negara
 
Jalur motif tenunan songket bahagian kiri dan kanan (hadapan) berwarna keperak-perakan. Warna akan berubah jika dilihat dari sudut & pengcahayaan berbeza

Turut dikeluarkan folder untuk RM50 keluaran khas ini cuma folder ini bukan "Official" dari BNM. Sekadar buat lawa untuk koleksi

Yang membezakan versi ini dengan edaran biasa ialah cetakan exclusive logo Ulang Tahun Kemerdekaan ke-50 pada muka belakang (kanan)

Ini adalah versi edaran biasa. Jalur keselamatan-nya berwarna kebiruan berbanding keperangan untuk versi RM50 dengan logo kemerdekaan

Reverse (tanpa logo kemerdekaan). Nampak perbezaan nya ?

2 comments:

  1. dekat maner boleh tngk duit-duit lamer.....

    ReplyDelete
  2. click link-link belah kanan
    sambil tgk boleh dpt info

    ReplyDelete