Wang Kertas Malaysia Siri Baru 2012

Wang kertas yang dikeluarkan adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 dan akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012. Denominasi RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran pada 2008. Substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5
Sebagai pengenalan, BNM telah mengeluarkan 3 jenis folder peringatan;
* Set Premium 
- Denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100
 - Keluaran 50 ribu folder sahaja
- Setiap nota dalam folder berkongsi serial dan Prefix yang sama (AA) kecuali RM50 (AAAxxxxxxx)

* Set 2 dalam 1
- Denominasi RM1 dan RM5
- Keluaran 500 ribu folder 

* Set Individu 
- Denominasi RM20
- Keluaran 500 ribu folder

Wang kertas baru siri keempat:

 Denominasi : RM100
Kertas / Ungu / Icon : Gunung Kinabalu

 Denominasi : RM50
Kertas / Hijau-Biru / Kelapa Sawit dan Bioteknologi

Denominasi : RM20
Kertas / Jingga / Penyu Karah dan Penyu Belimbing

Denominasi : RM10
Kertas / Merah / Rafflesia

Denominasi : RM5
Polymer / Hijau / Burung Enggang Badak

 Denominasi : RM1
Polymer / Biru / Wau Bulan

Bahagian Hadapan Wang Kertas: 
Semua denominasi wang kertas siri baru mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya, nilai muka pada wang kertas, perkataan 'Bank Negara Malaysia' dan corak tenunan songket sebagai latar belakang dan pada hujung wang kertas bagi menggambarkan tradisi kraf tangan dan tenunan di Malaysia. Ciri-ciri lain termasuklah pengenalpastian secara sentuhan bagi mereka yang kurang upaya penglihatan, dan potret tera air dengan piksel dan angka

Bahagian Belakang Wang Kertas:
Ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi. Juga mengekalkan logo Bank Negara Malaysia, nombor siri, tulisan Jawi dan corak tenunan songket pada bahagian belakang wang kertas


Dah banyak lambakan set ni di pasaran. Tiba masanya utk dapatkan serial serendah mungkin (as any other practical collector would do). AA0000001 - AA0001500 telah di-reserved-kan untuk VVIPs. Mine handsomely bearing the serial AA00015xx. Lawa nota baru ? Like it or not.. kena guna juga..

Syiling Malaysia siri Ketiga (2012) HERE

No comments:

Post a Comment