Syiling $1 Ringgit/RM1, 2nd Series (Keris) 1989-1996

Syiling $1 Ringgit siri ke2 ini mula diperkenalkan pada 4 September 1989 dan kemudian dihentikan cetakan selepas 1996 berikutan aktiviti pemalsuan. Koleksi lengkap mengikut tahun keluaran *Disebabkan "luster", image scan doesn't do justice supposedly. Mungkin snap guna digital camera lebih cun.. maybe.. tapi aku prefer scan

Keluaran 1989, 1990

Keluaran 1991, 1992

Keluaran 1993
*Terdapat dlm 2 versi, bersimbol "$" dan kemudian ditukar kepada penggunaan "Ringgit" pada 14 November 1993 selaras dengan penggunaan Ringgit sebagai Matawang Malaysia

Keluaran 1994, 1995

Keluaran 1996

Bahagian belakang bermotifkan keris dan corak songket. Cetakan Kilang Wang, Bank Negara Malaysia. Hanya sah diperlakukan sehingga 6 Disember 2005

Berkenaan isu pemalsuan.. sila bandingkan 2 syiling dibawah. Nampak perbezaan yg ori dan palsu ?
Syiling palsu ditempa berbagai tahun (terkebelakang) untuk mengelakkan kegiatan pemalsuan daripada cepat dikesan Teknologi yg digunakan adalah menggunakan kaedah tempaan menggunakan 2 die sama dgn syiling ori, sebab itu terdapat ciri2 persamaan errors yg terjadi pada syiling palsu dan syiling ori. Dan yg paling jelas, terdapat perbezaan pada kualiti tempaan. Syiling palsu image-nya kurang "sharp" berbanding syiling ori. Untuk lebih info ttg syiling palsu sila lawat blog DEPAN KANTA HERE

1 comment:

  1. Unit keluaran untuk tahun 1993 ialah 178,893,810 sementara untuk tahun 1996 ialah 59,460,000 menurut buku "Matawang Malaysia Coins & Banknotes 2010", edisi pertama, karya Peter Eu & Ben Chiew, cetakan Eureka Metro Sdn. Bhd.

    ReplyDelete